Hari Ini Dalam Sejarah : Salak Tinggi

Perbincangan isu-isu semasa, politik, santai, hiburan dan kehidupan

Re: Hari Ini Dalam Sejarah : Salak Tinggi

Postby engkumoon » 29 Jan 2010, 23:36

Kalaulah BBST Business Center tu jadi Shopping Arked, bahagianya diriku ini...
Buat la macam Kat Jalan TAR, arked kain ela, tudung2 or apa2 bisnes utk orang kita.

Nilai 3 dulu jual barang2 dari China, sebab tu murah.
Sekarang dah macam2. Tak de murahnya pun. Murah lagi kat Jalan TAR...
engkumoon
Penduduk Biasa
 
Posts: 69
Joined: 14 Jan 2010, 22:12





Re: Hari Ini Dalam Sejarah : Salak Tinggi

Postby admin » 27 Feb 2010, 15:37

Thursday March 11, 2004

Sleepy district now bustles with activity

By Ben Tan


ABOUT 10 years ago, Sepang used to be a sleepy small town located on the old road south. The only passers-by were those who chose not to use the North-South Expressway.

Today, thousands visit the Sepang district each month, thanks to both the Kuala Lumpur International Airport and the Sepang International Circuit.

The introduction of these two world-class venues has turned the district, located about 85km from Kuala Lumpur, into a hive of activity.

The airport covers about 10,000ha and is situated on former plantation land where oil palm and other agricultural produce were grown.


The KLIA mosque caters to those residing near the airport or the circuit.
The airport has now become one of the most prominent symbols of Malaysia in the Asian region as all international, regional and domestic flights arrive and depart there.

The airport has also managed to propel Malaysia to the forefront of the aviation industry in the region.

Boasting modern technology and architecture, it has been considered the hub of air traffic in the region.

The Sepang International Circuit is another landmark in Sepang.

It is the premier motor racing track in Malaysia and was launched five years ago.

Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad launched the RM286mil racing track on March 9, 1999.

The circuit is also known for its distinctive architecture.

The 5.542km-long track was built at a cost of RM30mil and construction started in September 1997. It was completed in 14 months.

The circuit caters to more than just international events like Formula 1 and Moto GP racing.


Children gathering near the tower in Bandar Baru Salak Tinggi
Popular national and regional level events like the Malaysian Super Series, Asian Festival of Speed, Merdeka Millennium Endurance race and other local races are held there.

Both these landmarks have contributed to Sepang being earmarked as the second Klang Valley and the pulse of Selangor's southern economic corridor.

The district is still developing with new townships, commercial and industrial areas being constructed or already on the drawing board.

Among the first townships to have been developed in the district is Bandar Baru Salak Tinggi, which has several mixed residential areas.

At present, Bandar Baru Salak Tinggi also serves as home for the Sepang district council, government offices and the commercial centre. It is also known as the “capital” of Sepang district.

A visit there will see city folks charmed by such a small town with two bridges welcoming visitors at the township's entrance.

One landmark is the Empress Hotel, which is the tallest building in the area, and located in the town centre.

In the town centre, visitors will also notice a small bus/taxi terminal as well as the Medan Selera Majlis Daerah Sepang near Taman Anggerik.

Two mosques can be found in the area with the Masjid Sultan Hisamuddin catering to Bandar Baru Salak Tinggi residents and the Masjid KLIA catering to those living near the airport or the circuit.

The township does not offer much but it is a popular stop over for those on their way to Nilai using the trunk road, especially if they’re looking for some food.

Originally published in The Star on Thursday March 11, 2004
admin
Site Admin
 
Posts: 606
Joined: 09 Jan 2010, 08:04
Location: Taman Mawar





Re: Hari Ini Dalam Sejarah : Salak Tinggi

Postby admin » 09 Mar 2010, 12:55

Bandar buruk Salak Tinggi

19/08/2008 Utusan Malaysia Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

SALAK TINGGI 18 Ogos - Masalah vandalisme dan premis kosong sering berlaku di mana-mana di kawasan perumahan mahupun di premis perniagaan.

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, vandalisme bermaksud perbuatan yang membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persendirian. Ia bukan sahaja perbuatan yang merosakkan harta benda tetapi termasuk juga tindakan menconteng.

Premis kosong tidak terlepas daripada menjadi mangsa golongan yang suka merosakkan harta benda awam dan persendirian memandangkan kurangnya pemantauan pihak berwajib ditambah dengan keadaan yang sunyi.

Tinjauan Utusan Malaysia ke lot rumah kedai di Bandar Baru Salak Tinggi mendapati deretan bangunan berkenaan berhampiran Taman Seroja sepi tanpa penjagaan dan bilangan premis perniagaan yang beroperasi boleh dibilang dengan jari.

Walaupun lokasinya sesuai dan strategik kerana terletak di tengah-tengah kawasan perumahan Taman Seroja, Taman Dahlia dan Taman Mawar, sayangnya hampir sebahagian besar daripada berpuluh-puluh lot kedai di kawasan ini masih kosong dan belum dibuka oleh pemiliknya.

Entah di mana silapnya lot rumah kedai yang dibuka sejak 1998 ini sepi dan tidak terurus.

Keadaannya yang terabai itu diburukkan lagi apabila banyak lot kedai di kawasan itu menjadi mangsa vandalisme kerana kebanyakan deretan kedai di kawasan itu tidak berpenghuni.

Tinjauan mendapati kebanyakan syiling lot-lot kedai itu telah dipecahkan manakala pintunya sudah rosak.

Masalah itu boleh menimbulkan pelbagai masalah termasuk menjadi sarang nyamuk, tikus dan juga penagih dadah.

Pemandangan sekitar kawasan itu pula dicemari dengan sampah-sarap yang boleh dilihat di merata-rata tempat, ditambah longkang yang tidak disenggara dengan baik yang mengundang pelbagai risiko kepada penduduk yang tinggal berhampiran.

Walaupun sebilangan kedai pernah dibuka, malangnya ditutup semula kerana pemilik atau penyewanya mengalami kerugian kerana kurang sambutan daripada penduduk sekitar.

Rata-rata penduduk di sekitar kawasan ini sedih dengan apa yang berlaku dan berharap pihak berkenaan berbuat sesuatu untuk mengubah keadaan.

Seorang peniaga membaiki barangan elektrik yang hanya mahu dikenali sebagai Vijay, 40, berkata keadaan tidak banyak berubah sejak dia berpindah ke kawasan ini tiga tahun yang lalu.

"Keadaan di sini tidak banyak berubah seperti ketika saya memulakan perniagaan.

"Ada kedai yang buka pun tak lama sebab tiada pelanggan," katanya.

Vijay berharap pihak bertanggungjawab berbuat sesuatu untuk menghidupkan semula kawasan ini dan tidak dibiarkan kosong tanpa penghuni.

"Lot kedai yang terbiar kosong tanpa aktiviti dijalankan mengundang pelbagai masalah dan membazir jika tidak dihidupkan semula.

"Kawasan ini juga kini sering dijadikan tempat untuk mat rempit berlumba dan ini amat mengganggu penduduk-penduduk di sini," tambah Vijay.

Seorang penduduk, Haniza Mohd. Ali, 38, juga berharap Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) prihatin terhadap masalah sampah di kawasan itu.

"Longgokan sampah yang berada segenap sudut menyebabkan kawsan ini nampak tidak terurus dan kotor," katanya.

Tambahnya lagi, kebanyakan deretan lot kedai telah dirosakkan serta diconteng dengan perkataan yang tidak sopan oleh golongan yang dianggapnya tidak bertamadun.

"Kawasan ini dipenuhi dengan sampah dan MPSepang pula jarang datang ke tempat ini sehingga menjadikan kawasan ini terpinggir dan tidak terurus.

"Kemunculan pasar raya besar di Nilai seperti Giant juga menyebabkan kawasan ini kurang popular dan semakin terpinggir," ujarnya lagi.

Tambahnya, kebanyakan penduduk di sekitar kawasan ini bekerja di Putrajaya dan mereka lebih gemar membeli barangan dapur di pusat membeli belah Alamanda.

"Memandangkan Alamanda berhampiran dengan tempat kerja, lebih mudah bagi mereka untuk mendapatkan barang keperluan rumah di situ.

"Saya harap MPSepang dan pemaju memikul tanggungjawab dengan mencari jalan dan inisiatif untuk memajukan kawasan ini. Jangan dibiarkan kedai-kedai di sini kosong kerana ia merupakan satu pembaziran," ujarnya.
admin
Site Admin
 
Posts: 606
Joined: 09 Jan 2010, 08:04
Location: Taman Mawar





Re: Hari Ini Dalam Sejarah : Salak Tinggi

Postby narzmn » 01 Jul 2012, 17:00

admin wrote:Topik nie untuk post sebarang pengalamn anda di Salak Tinggi. Sama ada petikan artikel ker, gambar ker atau tulisan pengalaman anda.
Rasanya ia amat berguna untuk dikongsikan bersama.

Sebagai permulaan, saya ada jumpa keratan akhbar berkenaan Bandar Baru Salak Tinggi. Dari berita ni baru saya tau rupanya dulunya nama asal BBST adalah Bandar Utama Salak Tinggi :o

Image

Sumber: New Straits Times - Jun 15, 1997



Salam.....mungkin ader kesilapan maklumat oleh reporter itu.....saya duduk dan membesar disini hampir 20tahun.....tidak pernah dengan Bandar Utama Salak Tinggi....itu adalah kesilapan reporter yang pada masa itu blum lagi mengenali Salak Tinggi....sejak awal lagi, tempat ini memang di panggil Bandar Baru Salak Tinggi.....ia wujud semasa Bandar baru Nilai masih lagi hutan belukar lagi.......tapi perkembangan di BBST ini agak slow berbanding Bandar Baru Nilai.... BBN baru berusia belasan tahun......sedangkan BBST hampir 30 tahun di buka....hmm sedikit info yang sy dapat kongsikan.....:)
narzmn
Baru Pindah
 
Posts: 3
Joined: 01 Jul 2012, 16:34





Previous

Return to Sembang



Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest