Sejarah Sepang

Berita dan artikel muka hadapan di forum SDC

Sejarah Sepang

Postby admin » 11 Feb 2010, 10:02

Image
Daerah Sepang adalah daerah bongsu bagi Negeri Selangor Darul Ehsan. Ia terletak di bahagian selatan Negeri Selangor Darul Ehsan, bersempadan dengan Daerah Hulu Langat, Daerah Kuala Langat dan Daerah Petaling. Daerah Sepang juga bersempadan dengan Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Jika dilihat dari pandangan atas, Daerah Sepang adalah berbentuk hulu sebatang keris, memanjang ke arah selatan dari Universiti Putra Malaysia (UPM), dengan lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban di sempadan sebelah timur sehingga ke kampung Sg. Buah/Bukit Unggul.

Di sebelah baratnya pula, adalah Daerah Kuala Langat, sementara Daerah Petaling menjadi jiran di sebelah utara. Di sebelah selatan pula, Daerah Sepang terbuka menghadap Selat Melaka.Mengikut sejarah awal, nama Daerah Sepang diambil bersempena dengan nama pokok yang banyak tumbuh di daerah ini, iaitu pokok Sepang. Pada awalnya, daerah ini merupakan kawasan-kawasan daerah kecil Kuala Langat (Mukim Sepang dan Mukim Labu) dan Hulu Langat (Mukim Dengkil). Kawasan-kawasan ini kemudian digabungkan menjadi satu daerah baru. Daerah Sepang mencapai taraf Daerah sepenuhnya pada 1 Januari 1975.
Image
Semasa awal penubuhannya, Pusat Pentadbiran Daerah Sepang terletak di Pekan Sepang. Apabila Kerajaan Persekutuan telah memilih Daerah Sepang untuk menempatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Pusat Pentadbiran Daerah Sepang telah dipindahkan ke Bandar Baru Salak Tinggi yang juga dikenali sebagai Bandar Lapangan Terbang (Airport City). Pada 15 April 2008, Majlis Perbandaran Sepang telah berpindah ke lokasi baru iaitu Cyberjaya.

Daerah Sepang yang berkeluasan 59,966 hektar dibahagi kepada tiga mukim iaitu Mukim Dengkil 29,395 hektar, Mukim Labu 29,395 hektar dan Mukim Sepang 20,441 hektar. Ketiga-tiga mukim ini mempunyai sejumlah 19 buah kampung dan 4 buah kampung baru.
admin
Site Admin
 
Posts: 606
Joined: 09 Jan 2010, 08:04
Location: Taman Mawar





Re: Sejarah Sepang

Postby areizuaf » 26 Mar 2010, 08:35

jom belajar sejarah...
محمد فوزي محمد نذري
User avatar
areizuaf
Penduduk Biasa
 
Posts: 73
Joined: 15 Mar 2010, 17:23
Location: Taman Dahlia





Re: Sejarah Sepang

Postby admin » 26 Mar 2010, 09:09

Tahukah anda Jenderam Hilir adalah antara penempatan terawal Zaman Mesolitik. Pada zaman berkenaan wujud Pelabuhan Jenderam di Sungai Langat.

Pada tahun 1940, sebuah pendayung purba yang dikenali 'Bot Jenderam' telah dijumpai. Selain itu serpihan tembikar dijumpai Jenderam Hilir, Sepang, Selangor. Beberapa serpihan tembikar ini dihias dengan kesan-kesan pemukul kayu berukir (carved paddle-impressed).
Image

Pada tahun 1977 pula pelombong bijih timah Syarikat Tit Nam Hoong di Jenderam Hilir menjumpai pelbagai artifak. Objek terdiri daripada objek-objek tembikar asing seperti mangkuk dan sebuah tempayan kecil China dan dua buah kendi, objek-objek logam seperti beberapa jongkong timah, bekas-bekas gangsa, dan objek-objek kayu seperti sebuah pengayuh kayu dan batu tumbuk. Semua artifak 'Bot Jenderam' ini dipamerkan di Muzium Shah Alam, Selangor.
admin
Site Admin
 
Posts: 606
Joined: 09 Jan 2010, 08:04
Location: Taman Mawar





Re: Sejarah Sepang

Postby areizuaf » 26 Mar 2010, 16:26

admin wrote:Tahukah anda Jenderam Hilir adalah antara penempatan terawal Zaman Mesolitik. Pada zaman berkenaan wujud Pelabuhan Jenderam di Sungai Langat.


tak tau cikgu...cikgu sejarah dulu tak ajau...
محمد فوزي محمد نذري
User avatar
areizuaf
Penduduk Biasa
 
Posts: 73
Joined: 15 Mar 2010, 17:23
Location: Taman Dahlia





Re: Sejarah Sepang

Postby admin » 26 Mar 2010, 22:04

tapi kawasan Jenderam nie memang mcm selangkah ke alam misteri..dulu kalau lalu malam2 sunyi & semacam jerk dengan jalannya yg lap cecah lutut tu..tapi sekarang sejak jalan Dengkil-Jenderam dah diperbesar takde laa takut sgt..
admin
Site Admin
 
Posts: 606
Joined: 09 Jan 2010, 08:04
Location: Taman Mawar





Re: Sejarah Sepang

Postby i_izan » 29 Mar 2010, 10:56

kete pun dah byk..
cuma kalau ada lori kat depan tu..sabo je lah :D
Ingin mencuba produk Shaklee?
Email izan di i_izan@yahoo.com atau
sms 012-2767170.
http://www.diarisihat.com/

ID Shaklee : 852405
i_izan
Penduduk Senior
 
Posts: 145
Joined: 11 Jan 2010, 23:17
Location: Taman Mawar 2





Re: Sejarah Sepang

Postby admin » 30 Mar 2010, 13:19

Jalan Jenderam Hulu tu sepatutnya diluruskan..
admin
Site Admin
 
Posts: 606
Joined: 09 Jan 2010, 08:04
Location: Taman Mawar





Re: Sejarah Sepang

Postby engkumoon » 31 Mar 2010, 21:00

proses ambilan tanah sangat rumit. Apatah lagi terkena tanah2 pusaka. Nak luruskan jalan Jenderam Hulu tu belum ada kepentingan lagi. Jenderam hilir dapat jalan besar untuk di link ke Kota Warisan dan seterusnya KLIA. Atau ringkasnya Bangi/Kajang - KLIA. Tapi kereta memang banyak. Depan sekolah Jenderam hulu tu pun sibuk.

Pernah terjadi kes ambil tanah untuk jambatan di daerah ini. Bertahun2 jambatan tu tak leh siap. Sehingga jambatan asal dah berlubang besar dan sangat membahayakan. Demand nya mengalahkan jual tanah juta2. Siap datang polis, penguasa majlis bagai pasal nak runtuhkan rumah sewa yang terkena pelan jalan baru. They all tak nak pindah pasal pampasan sikit. Ambil sikit memanglah kena bayar sikit. Tapi pasal tanah tu tanah pusaka, ada banyak nama, jadi memasing dapat ciput je.Tu yang marah sangat tu. Kerajaan kalau ambil tanah akan ikut harga semasa dan akan ada kiraan untung rugi kepada tuan tanah. Ambil tanah ni bukan perkara senang.
engkumoon
Penduduk Biasa
 
Posts: 69
Joined: 14 Jan 2010, 22:12





Re: Sejarah Sepang

Postby engkumoon » 31 Mar 2010, 21:13

lagi satu kalau nak melebarkan jalan.
kos melebar tak mahal tapi...
kos mengalih servis - lampu, paip air, telekom, (mengalihkan segala kabel2 bawah tanah ) tu yang menjadikan kerja melebar jalan tu rumit dan mahal.
belum campur tangan penyelia tanpa jawatan (org2 kg) yang marah sana sini, mengarah macam itu ini... ishhhh. Tapi teman langsung tak terlibat kerja2 ini. Bidang teman lain. Ni luahan kata kawan2 dan teman sebilik... :lol:
engkumoon
Penduduk Biasa
 
Posts: 69
Joined: 14 Jan 2010, 22:12





Re: Sejarah Sepang

Postby Quake » 27 Apr 2010, 15:19

alkisahnye mcm tu ye....tanah sekeliling nie kebanyakkan tanah pusaka dan rezab melayu ke?
Quake
Baru Pindah
 
Posts: 14
Joined: 10 Mar 2010, 13:50





Next

Return to Frontpage



Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 0 guests